THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday 16 March 2011

SEDEY LA PULAK

Kisah perjuangan … sebuah cinta yang menuntut pengorbanan, sebuah masa silam yang tidak mungkin dapat dilupakan … bersama menyelusuri liku derita, mendengar rintihan jiwa, mengesat air mata seorang insan yang bernama Leya Sofia.

Jatuh cinta hanyalah satu undangan sesaat, pandangan yang memukau, mengetar seribu rasa. Kata orang kita boleh jatuh cinta dalam sekelip mata tapi sukar untuk melupakannya. Sememangnya cinta pertama sukar untuk luput dalam ingatan meskipun tidak berakhir dengan satu ikatan suci. Namun kenangan itu tetap utuh di hati terpahat di sanubari. Cinta itu indah bagi yang mengerti namun ucapkanlah walaupun sekali agar hati tidak keresahan lagi.

Leya … insan yang biasa yang tidak mungkin sempurna, insan yang pernah kecewa dalam percintaan. Percintaan pertama banyak mengajarnya erti kekecewaan, kesedihan dan kepayahan hidup. Namun, hatinya begitu teguh menjalani semuanya tanpa pebimbing dan seorang teman di sisi. Baginya kekecewaan itu tidak akan menghalangnya untuk terus mengecapi cita-cita dan impian. Kasih sayang Leya tehadap Zarul begitu mendalam. Tetapi dalam diam Zarul menjalinkan hubungan dengan gadis lain. Cinta tiga segi antara Leya, Zarul dan Kak Nadya. Baginya seseorang perlu bekorban. Dia tidak sanggup berkongsi kasih dan hanya sanggup bekorban demi cinta sucinya yang tidak pernah padam terhadap Zarul. Dia cuba menidakkan perkara yang sudah terbentang kebenarannya di depan mata seperti menegakkan benang yang basah. Akhirnya dia kecewa. Dia tersungkur dengan cinta pertama yang dianggapnya cinta sejati. Leya tidak mempercayai insan yang bernama lelaki setelah hatinya hancur dipermainkan. Farah teman baik kepada Leya mempunyai seorang saudara yang bernama Azril. Sejak terpandangkan Leya, Azril mula tertarik dengannya. Begitu juga Leya. Leya cuba menjauhkan perasaannya itu agar tidak kecewa lagi. Setiap saat hatinya meronta mengingatkan Zarul. Leya yang tabah menjadi sasar akibat percintaan. Leya sedar airmata bukan jalan penyelesaian masalah. Tangisan juga tidak mampu merungkai segala kekusutan. Tatkala hati masih dibalut lara, muncul insan lain yang sudi menjadi pengganti. Namun cintanya terhadap Zarul begitu mendalam dan tidak mungkin padam. Rindunya masih ada dan tetap akan menyala. Akhirnya, dia nekad menerima Azril. Tetapi sayangnya, di saat kelukaan sudah pulih dan hati mula belajar untuk menyayangi, hatinya dilukai oleh lelaki buat kali kedua. Lelaki memang pandai bermain kata-kata. Leya tidak pernah menyangka yang Azril sejahat dan seteruk itu.

Kenapa semua orang seakan suka dan seronok melihatnya tersungkur dengan cinta? Segala janji setia dan sehidup semati musnah begitu sahaja. Percintaan yang dibina ibarat retak menanti belah. Dia tidak rela mengucapkan kata putus untuk lelaki itu. Leya sangat menyayangi Azril. Hatinya terpaksa akur dengan apa yang terjadi. Azril ditinggalkan setelah dia benar-benar yakin dengan keputusan yang diambil. Kehadiran Adam yang begitu setia disambut baik oleh Leya. Adam hadir memberi kedamaian. Persahabatan yang terjalin begitu lama bertukar menjadi ikatan kekasih. Leya menyangka yang dia hanya menganggap  dan menghormati Adam sebagai seorang abang untuk tempat mengadu masalah dan segala yang berlaku terhadap dirinya. Ya memang selama hatinya berduka dibalut lara, dia hanya ada Adam untuk mengubat luka. Adam begitu setia dan banyak mengajarnya erti kasih sejati. Cinta dihatinya kian berputik akibat keikhlasan dan kesetiaan itu. Namun, sekali lagi perasaannya diuji tatkala Adam sudah berpunya. Sanggupkah dia menjadi orang kedua seperti cinta dahulu? Sanggupkah dia menghancurkan kesetiaan gadis yang berada dihati Adam? Leya terkedu! Ah dia bukan setegar itu mahu menghancurkan kebahagian yang dibina orang lain. Dia nekad membawa diri dari hidup Adam. Tetapi apakan daya dunia ini tidaklah sebesar yang dia fikir. Leya bertemu semula dengan Adam. Mungkin secara kebetulan ataupun sudah ditetapkan. Pabila suratan dan ketentuannya ditetapkan begitu ia pasti akan jadi begitu. Hanya DIA sahaja yang tahu akan semuanya. Leya pasrah dengan apa yang terjadi. Jika benar Adam adalah jodohnya dia rela. Cinta adalah suatu mimpi yang belum pasti baginya. Tetapi mimpi itu juga yang sering dikejarnya. Dalam hati sudah menguntum cinta. Dalam hati juga sudah berbunga sayang. Kerinduan pun mula terbit di celah-celah mekarnya perasaan. Dia mahu merebut cinta Adam yang tidak mungkin dimilikinya. Kali ini Leya nekad dengan keputusannya. Cinta Adam harus direbut dan dimiliki!

Akhirnya segala persoalan kini terungkap jua dengan jawapan. Biarpun penantian itu satu penyeksaan, tapi jika diidamkan akhirnya akan menjadi nyata. Dia rela menunggu biarpun seribu tahun. Demi kasih dan cintanya, sauh Leya berlabuh jua. Kali ini di perlabuhan cinta Adam. Semoga kesetiaan Adam akan tetap utuh selamanya, biarpun badai selalu bergelora. 

0 comments: